Seorang kelindan lori maut, manakala pemandunya cedera selepas kenderaan mereka dipercayai dilanggar sebuah lori di Kilometer 245.1, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, berhampiran Kuala Kangsar, Perak.
Mangsa berusia 25 tahun yang tersepit, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan, manakala pemandu berusia 40 tahun mengalami patah kaki.