KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur sedang mengesan seorang individu bernama Mohd Fazreen Azzemi bagi kes perbicaraan dadah di mahkamah.
Pegawai Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur Inspektor Mazliyana Abdul Latif berkata, individu berusia 30 tahun ini dikehendaki oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.
“Mohd Fazreen diperlukan sebagai saksi kes perbicaraan yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Jenayah 1, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 29 Julai ini,” katanya dalam kenyataan hari ini
Alamat terakhir individu itu di No 14 A, Blok E, Perumahan Awam Sri Perlis 2, Jalan Datok Keramat, Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Nik Nuhairi Syazwan Nik Ab Rahman di talian 011-1782 4934, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields atau menerusi 03-22979222 sambungan. 9223 serta talian Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau tampil ke mana-mana balai polis yang berhampiran.