dap rasis
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – “Jangan terperanjat apabila keadaan yang sama boleh terkena kepada diri sendiri,” kata Tan Sri Shahrir Samad.

Mengulas enam bekas Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai wakil rakyat berkata, beliau menyifatkan keputusan dibuat bukan kerana prinsip tetapi atas kepentingan diri sendiri.

Menurutnya, dalam keadaan sekarang tiada apa yang menghalang pertukaran sokongan tanpa meninggalkan parti.

“Tak lompat, hanya ‘terkeluar’ dari parti sebab menyokong kepimpinan Ketua Dewan, iaitu PM. Bagaimana sebaliknya? Iaitu menarik sokongan dari Ketua Dewan tanpa keluar parti sendiri,” soal beliau lagi.

Veteran UMNO itu, menyifatkan keputusan ini tidak menjamin kestabilan politik.

Enam ahli Parlimen tersebut adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sebelum ini sudah pun memutuskan enam ahli Parlimen berkenaan terhenti keahliannya. – MalaysiaGazette