Wan Muhammad Zuhir Ghazali

KUALA LUMPUR – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Zuhir Ghazali membuat teguran Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abd Halim berikutan kenyataannya tentang Akta Anti Lompat.

Kata Wan Muhammad, beliau terkedu apabila Adam seolah-olah terlupa bagaimana kerajaan runtuh tiga kali dengan Perdana Menteri silih berganti sebelum akta anti lompat 2022 ini digubal.

“Ketika pasca PRU 14, adakah saudara Adam Adli sudah lupa bagaimana runtuhnya kerajaan yang tertubuh hasil daripada peti undi disebabkan berlakunya migrasi berjemaah oleh ahli-ahli Parlimen yang sebahagiannya daripada parti Keadilan juga. Kesan daripada kes tersebut, tiga perdana menteri bersilih ganti.

“Dasar-dasar awam banyak tergendala, pelabur Pelabur asing beralih arah, negarakita dalam tidak stabil dan terumbang-ambing. Akhirnya, yang menjadi mangsa tidak bersalah dalam keadaan ini tidak lain adalah rakyat. Justeru, jangan sekali lagi kita mangsakan rakyat,” katanya dalam kenyataan.

Sambung Wan Muhammad, sepatutnya Adam tidak mengkritik orang-orang politik yang tidak selairan dengan tindakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Adam perlu nasihat Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang datang dari parti dia supaya tidak mengambil tindakan yang akan menambah bencana di masa hadapan.

“Akta Anti Lompat 2022 perlu disemak semula. Terdapat ruang-ruang yang mesti diperbaiki. Setiap Ahli Parlimen mesti sedar terhadap realiti kelopongan ini. Kita mesti akui bahawa adanya kelemahan dalam akta ini yang bersifat separuh masak,” ujarnya.

Dalam pada itu, kata Wan Muhammad lagi, pihaknya bimbang dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang mungkin menetapkan contoh dan precedent yang tersasar.

Jelasnya, kesalahan ini mungkin perlu dibayar dengan harga yang mahal pada kemudian hari.

“Tidak pelik kalau rakyat makin muak dengan orang politik yang mungkin hanya memikirkan soal tembolok sendiri sahaja,” tegasnya.

Hari ini, Adam bertindak menegur Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh yang didakwa hampir senada dengan pembangkang dalam mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Adam meminta Dr Akmal merujuk terlebih dahulu pandangan, maklumat, fakta, dan pendirian bersama Kerajaan Perpaduan.

Kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, amat mendukacitakan sekiranya sesama komponen Kerajaan Perpaduan berlaku percanggahan pendapat dalam hal hal yang penting.

Baru-baru ini, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak untuk mengosongkan kerusi 6 mantan Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sah berlandaskan undang undang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast