Lee Fook Yuen

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki, Datuk Lee Fook Yuen, 60, untuk membantu siasatan.

Alamat terakhirnya di No 3, Jalan Setia Tropika 7/3, Taman Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asmawi Kulup Lam di talian 03-88700326 atau 011-11672637 atau emel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette