Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 22,414 naskhah dan bahan al-Quran tanpa kelulusan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini membabitkan rampasan bernilai lebih RM3.2 juta.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia dilakukan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan menerusi operasi bermula Januari lalu.