Polis menahan seorang lelaki semalam selepas disyaki merogol anak perempuan kandungnya sejak enam tahun lepas sehingga melahirkan anak di Gemencheh Negeri Sembilan.

Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam Ahad, selepas polis menerima laporan mengenai kejadian terbabit daripada ibu saudara mangsa kira-kira setengah jam sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku sejak 2019 sehingga Julai lepas.