Bekas Pengarah Syarikat Salah Guna Wang RM96,780 #MGFlash

Seorang bekas pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang atas empat pertuduhan menyalahgunakan wang syarikat berjumlah RM96,780, 10 tahun lalu.

Kamaruzzaman Kamaludeen, 51 tahun yang menghidap sakit buah pinggang kronik, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika fakta dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.