Friday, November 22, 2024
Home Ekonomi Kadar tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara jadi tarikan pelabur asing

Kadar tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara jadi tarikan pelabur asing

Akmal Nasrullah Mohd Nasir

KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara menjadi antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir berkata, kerajaan telah membuktikan tawaran diberikan kepada pelabur berjaya menarik minat syarikat gergasi seperti Google dan Microsoft.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga masih menggunakan kerangka Incentive Based Regulation (IBR) bagi penetapan kadar tarif di Semenanjung untuk masa akan datang.

“Kerangka ini terbahagi kepada dua komponen utama iaitu purata tarif asas elektrik yang disemak setiap tiga tahun dan pelarasan tarif elektrik di bawah mekanisme Imbalance Cost Pass Through (ICPT) yang disemak pada setiap enam bulan.

“Dalam hal ini, kerajaan pada 5 Januari 2022 lalu telah bersetuju supaya purata tarif asas elektrik bagi tempoh kawal selia ketiga yang bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2024 ditetapkan pada kadar 39.95 sen/kWj.

“Ia setelah mengambil kira unjuran harga bahan api iaitu arang batu dan gas, keperluan kos modal, kos operasi dan kadar keuntungan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang munasabah bagi tempoh tiga tahun tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH – Port Dickson) yang bertanya adakah tarif elektrik sedia ada di Malaysia mampu menarik pelabur ke negara ini, bersaing dengan negara jiran di rantau Asia Tenggara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast