Lelaki Rosakkan Kereta Wanita Dicari #MGFlash

Perbuatan seorang lelaki bertindak khianat dengan mematahkan pengelap cermin, cermin sisi dan cermin hadapan sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Dataran Sentral 2, bersebelahan Seremban Gateway, Negeri Sembilan berjaya dirakam kamera papan pemuka.

Kesal dengan kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu, pemiliknya memuat naik visual berkenaan dan kemudian ditular menerusi media sosial.