KUALA LUMPUR – National Integrated College (NIC) menjemput lepasan Sijil Pelajaran Malaysia khususnya untuk menyertai pada Hari Terbuka NIC di Concourse, Pusat Beli Belah Datum Jelatek Sabtu ini, 20 Julai ini dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Menurut Ketua Eksekutif NIC, Zuraimy Abd Ghani, lepasan sekolah yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi boleh meneroka pameran pendidikan supaya mendapat pendedahan mengenai bantuan pendidikan, biasiswa dan pinjaman yang disediakan.
Hari terbuka itu akan bukan sahaja menawarkan pembangunan akademik untuk lepasan sekolah, tetapi juga peluang mengembangkan kerjaya kepada mereka yang bekerja.
Menurut Zuraimy, masyarakat dapat mengenali NIC, sebuah institusi yang terkenal dengan pencapaian akademik dan komitmennya terhadap bimbingan individu secara holistik, dengan lebih mendalam.
“Kami bersedia untuk membantu anda mendapat pengalaman pendidikan yang transformatif serta mencapai matlamat akademik dan profesional.
“NIC tidak sama dengan institusi pendidikan yang lain, di sini merupakan satu tempat di mana segala impian direalisasikan dan potensi anda akan digilap,” tambahnya.
Sempena penganjuran program ini, mereka yang sedang mencari pekerjaan boleh membawa resume masing-masing untuk dikemukakan kepada HRDCorp dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menyediakan platform pencarian pekerjaan.
Selain itu, portal MalaysiaGazette turut mengadakan program pencarian bakat untuk pembaca berita, hos program dan wartawan penyiaran.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk memenangi pakej penginapan dua hari satu malam di Hotel Mardhiyyah, TouchNGo Reload dan banyak lagi.
Hari Terbuka NIC ini turut diserikan dengan kehadiran pempengaruh popular Dahlia Rizal. Peminat beliau boleh mengambil peluang ini untuk Meet & Greet yang akan diadakan dalam program itu. – MalaysiaGazette