Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing terus membeli ekuiti domestik di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut berjumlah RM478.2 juta.

Kemasukan besar berjumlah RM389.2 juta berlaku pada Khamis apabila Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00% selepas menamatkan mesyuarat dua hari Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC).

Pelarasan terakhir kepada OPR ialah peningkatan daripada 2.75% kepada 3.00% pada Mei-23 dan BNM telah mengekalkan kadar penanda aras ini tidak berubah melalui tujuh mesyuarat MPC berturut-turut.

MIDF Research – tiga sektor teratas yang dibeli bersih oleh pelabur asing ialah pembinaan (RM198.2 juta), utiliti (RM116.1 juta) dan produk & perkhidmatan perindustrian (RM111.8 juta).

Sektor yang mereka jual bersih ialah produk & perkhidmatan pengguna (-RM92.7 juta), tenaga (-RM33.4 juta) dan penjagaan kesihatan (-RM21.9 juta).

Pelabur institusi tempatan beralih kepada jualan bersih ekuiti domestik, berjumlah -RM318.5 juta, berikutan pembelian bersih tiga minggu berturut-turut.

Manakala pelabur runcit tempatan kekal sebagai penjual bersih untuk minggu kedua berturut-turut, dengan jumlah jualan -RM159.8 juta.

Minggu lepas, peruncit tempatan menyaksikan penurunan -1.3% dalam purata volum dagangan harian (ADTV), institusi tempatan mengalami kenaikan +10.9%, manakala pelabur asing menyaksikan peningkatan +24.7% dalam ADTV. – MalaysiaGazette