Seorang pemancing yang dilaporkan hilang di perairan muara Sebuyau, Samarahan, Sarawak sejak Jumaat lalu ditemui selamat.
Ong Kim Huat@Isa Yusuf, 65 tahun dikesan di Pulau Burung jam 9.15 pagi tadi oleh Bot Kilat 35 Maritim dan kemudian dibawa ke Jeti Lembaga Sungai Sarawak Sebuyau sejurus selepas itu.