Pengasas Dan Pengerusi KK Mart Dilepas Dan Dibebas #MGFlash

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Selain itu, tiga pengarah syarikat pembekal stoking berkenaan, Xin Jian Chang Sdn Bhd turut mendapat perintah DNA selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu berkenaan.