KAJANG – Surau dan tandas awam di Hentian Sebelah Setul Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) ditutup sementara bermula 9 Julai hingga 10 Oktober ini untuk kerja-kerja penambahbaikan.
Sebagai alternatif, pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk menggunakan surau dan tandas awam di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Beranang serta stesen minyak yang berhampiran.
“Pihak LEKAS memohon maaf di atas segala kesulitan dan kami sangat menghargai kerjasama penuh pengguna lebuh raya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette