Sebanyak 30 kes pokok tumbang dilaporkan berlaku di Perlis susulan kejadian ribut yang melanda negeri itu awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perlis, pihaknya menerima 30 panggilan laporan berlaku pokok tumbang membabitkan halangan kepada laluan kenderaan serta menimpa rumah dan kereta.