Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga runcit petroleum kekal bagi tempoh 18 hingga 24 Julai ini.

Sepanjang temoh itu, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter dan RON95 (RM2.05).

Manakala, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal RM3.35 seliter serta di Sabah, Sarawak dan Labuan RM2.15.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette