Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang ditemui mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor tidak akan dituntut waris hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu berkata, proses tuntutan jenazah terbabit hanya dilakukan selepas ujian DNA (asid deoksiribonukleik) selesai.