Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Gazette, Noraini Abd Razak menerima kunjungan SPRM ke pejabat MalaysiaGazette di Kompleks Permaisuri Q, Cheras. Foto FAREEZ FADZIL, 17 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menjadi rakan strategik bagi memastikan isu rasuah dapat disampaikan dengan lebih meluas kepada seluruh masyarakat.

Kunjungan para pegawai suruhanjaya itu ke pejabat MalaysiaGazette hari ini diketuai oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Hisyam Mohd Yusoff.

Dalam pertemuan selama dua jam itu, banyak isu yang diketengahkan dan dibincangkan oleh SPRM bersama MalaysiaGazette daripada aspek kerjasama yang boleh dijalinkan bagi mencapai matlamat tersebut.

Kehadiran rombongan kakitangan SPRM disambut oleh Ketua Pengarang, Noraini Abdul Razak dan seluruh kakitangan MalaysiaGazette.

Kakitangan SPRM kemudian diberikan taklimat mengenai operasi MalaysiaGazette serta diperkenalkan kakitangannya.

Mereka juga dibawa ke studio untuk mencuba bakat membaca berita. – MalaysiaGazette