Sultan Ibrahim bersama 17 penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2024. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan majlis penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2024 kepada 14 pelajar.

Majlis yang berlangsung di Istana Negara itu menyaksikan Sultan Ibrahim mengurniakan biasiswa bagi pengajian dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) kepada tujuh penerima dan tujuh penerima lagi di peringkat Sarjana (penyelidikan).

Penerima BYDPA di peringkat PhD ialah Nadrahtul Aqilah Mohd Yahya (Imperial College London – Fizik), Alyssa April Dellow (Universiti Kebangsaan Malaysia UKM – Data Sains), Muhammad Aiman Mohd Sukiman (Universiti Teknologi Malaysia UTM – Persekitaran).

Turut menerima Toh Shek Man (Universiti Putra Malaysia – Cancer Pharmacology), Avinash Kumaresan (UKM – Nanoteknologi), Muhammad Faris Hamzi Tuan Ibrahim (UTM – Undang-Undang) dan Jankin Abd Rahman (UPM – Ekonomi).

Penerima BYDPA di peringkat sarjana pula ialah Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin (UPM – Computer Vision AI), Nur Addina Mohamad Rosli (UPM – Pemakanan), Jeyrubini Ramesh (USM – Molecular Omics Technology).

Turut menerima Nasihah Mohd Zahid (USM – Nanotechnology), Adam Fansuri Achdiat Mahpha Fansuri (Imperial College London – Bioinformatics & Biocomputing), Muhammad Izzuddin Abdullah (UM – Biokimia) dan Nur Fatin Fitriah Nordin (UPM – Machine Learning).

BYDPA merupakan biasiswa berprestij negara diperkenalkan pada 2006 dan sehingga kini 19 sesi penawaran dilaksanakan.

Sejumlah 212 penerima diberi penajaan untuk pengajian dalam bidang Sains & Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam dan Kecerdasan Buatan (AI).

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dan Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jamalulail Abu Bakar. – MalaysiaGazette