Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Berkuatkuasa 15 Julai lalu, keputusan ujian COVID-19 tidak lagi perlu dimuat naik ke aplikasi MySejahtera.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), keputusan itu akan dilaporkan pengamal perubatan menerusi sistem eNotifikasi.

eNotifikasi adalah sistem yang diguna pakai KKM dan kesemua fasiliti kesihatan untuk memantau dan memaklumkan kes penyakit berjangkit di dalam negara.

Menurut KKM, ujian pengesahan bagi COVID-19 juga hanya akan dilakukan melalui kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) profesional yang diselia atau dilakukan petugas kesihatan serta ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

“Ujian dilakukan bagi tujuan rawatan dan bukan untuk saringan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Garis Panduan Pengurusan COVID-19 terkini boleh diakses di laman sesawang https://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast