Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan . Foto MOHD ADZLAN, 15 MEI 2024.

KUALA LUMPUR- Satu beg tangan wanita ditemui di Sungai Trolak, Kampung Batu, Perak dipercayai kepunyaan Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, kira-kira jam 4 petang semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan kepada MalaysiaGazette hari ini.

Katanya, beg berkenaan ditemui anggota Unit Siasatan Sub-akuatik Forensik Polis Diraja Malaysia.

Dalam pada itu, Hussein berkata, operasi pencarian akan diteruskan esok melibatkan Unit Forensik serta Unit Siasatan Sub-Akuatik Forensik PDRM di lokasi kedua itu.

Semalam, polis menggunakan alat pengesan logam dan pam air untuk mengesan bahan bukti di lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini, 25, di sebuah parit dalam kawasan ladang sawit di Kg Seri Kledang, Hulu Bernam, Selangor.

Dalam pencarian itu, anggota unit sub akuatik PDRM berjaya menemukan telefon pintar jenis iPhone dipercayai milik mangsa, kira-kira jam 12.21 tengahari.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Ada lokasi lain perlu diselam untuk cari bahan bukti – Hussein Omar

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast