Ahli keluarga Allahyarhamah Nur Farah Kartini Abdullah tiba selepas dimaklumkan pihak hospital mengenai tuntutan pengurusan jenazah di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh. Foto SYADILA AMARI, 18 JULAI 2024.

SUNGAI BULOH – “Doakan yang terbaik untuk adik kami,”.

Demikian kata abang Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ketika ditemui di Jabatan Forensik Sungai Buloh sebentar tadi.

Abang arwah, Mohd Farriza Amir Abdullah kelihatan sebak ketika ditemui media.

Beliau turut mengesahkan adiknya akan dikebumi di Pekan, Pahang pada hari ini.

“Doakan yang terbaik untuk adik kami dan keluarga saya yang ada di sini. Nur Farah akan dikebumi hari ini,” katanya.

Sementara itu, MOhd Farriza menyerahkan kes pembunuhan adiknya disiasat oleh pihak polis.

“Saya serahkan kepada pihak polis semuanya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mohd Farriza enggan mengulas keadaan terkini ibu mereka. – MalaysiaGazette