Kucing Rafizi Ramli yang digelar Muffin Foto: Tangkap layar

KUALA LUMPUR- Kucing Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akhirnya pulang sendiri ke rumah, pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Pandan itu melalui satu ciapan di X, hari ini.

“Ada sedikit kecederaan, mungkin berlaku semasa dia terjun dari bumbung (ya, mereka suka panjat pagar naik bumbung.

“Tetapi semuanya baik, dia kelihatan takut selepas hilang selama lima hari,” katanya.

Dalam pada itu, Rafizi mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang retweet ciapannya dan berdoa supaya kucing beliau yang digelar Muffin, selamat pulang.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Kucing Rafizi hilang