ANAHEIM- Lebih 200 pekerja Disneyland Resort mengadakan protes di luar taman tema terkenal itu di California bagi mendesak gaji yang lebih baik dan mengecam dakwaan amalan anti kesatuan sekerja oleh syarikat itu.
Dengan memakai pakaian beragam mengikut tema seperti Indiana Jones, Star Wars dan pelbagai lagi karakter di bawah penerbitan Disney, demo berkenaan dianjurkan kesatuan sekerja sebagai mewakili 14,000 pekerja Disneyland daripada pengendali rollercoaster dan pembuat gula-gula.
Mereka membawa sepanduk bertulisan “Mickey pastu mahu gaji yang adil” dan “Disney, jangan jadi orang jahat” dalam perarakan di Anaheim, berhampiran Los Angeles.
“Kami berhak mendapat upah yang adil.
“Mogok adalah jalan terakhr dan kami sendiri tidak mahu lakukannya.
“Tetapi jika Disney masih berdegil dan enggan beri apa yang kami mahukan, kami semua bersedia (untuk mengadakan mogok),” kata Ginny Cristales, pekerja Disneyland yang berusia 44 tahun.
Disney telah mengadakan rundingan dengan empat kesatuan sekerja taman tema berkenaan sejak April lalu.
Bagaimanapun, ia tidak membuahkan sebarang hasil.-Agensi