Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.

Menurut pembantunya yang mengesahkan perkara itu berkata, Dr. Mahathir menjalani rawatan akibat batuk.

“Saya boleh sahkan yang Tun Mahathir telah dimasukkan ke hospital sejak hari Isnin.

“Dia sedang dirawat kerana batuk tetapi saya tiadak dapat menjelaskan dengan terperinci tanpa kenyataan perubatan rasmi buat masa ini

“Beliau akan berada di hospital selama beberapa hari di IJN di mana pasukan perubatannya berada,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media.

Kali terakhir bekas Perdana Menteri yang berusia 99 tahun itu dimasukkan ke IJN adalah pada 26 Januari lalu dan pulang selepas menerima rawatan selama 53 hari.-MalaysiaGazette