Gambar hiasan: Pelajar sedang memasuki dewan peperiksaan. Foto HAZROL ZAINAL, 22 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2023 akan dikeluarkan pada Selasa depan.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sejumlah 41,548 calon telah menduduki peperiksaan tersebut di 657 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

“MPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon STPM Tahun 2023,” katanya dalam kenyataan.

Calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Sistem SMS akan diaktifkan selama seminggu mulai pukul 11 pagi bermula 23 Julai sehingga pukul 12 tengah hari pada 30 Julai.

Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK mulai pukul 11:30 pagi pada 23 Julai. – MalaysiaGazette