KUALA LUMPUR – Anda berbakat sebagai pembaca berita atau menjadi pengacara?

Inilah masanya untuk anda mengintai peluang untuk menjadi sebahagian kaki tangan portal berita MalaysiaGazette.

Menginjak usia 11 tahun, MalaysiaGazette terus melebarkan sayap dengan mencari hos baharu menerusi program Pencarian Hos MalaysiaGazette.

Anda boleh datang berpakaian kemas dengan membawa resume atau mengimbas sahaja kod QR yang disediakan.

Jangan lepaskan peluang mencuba bakat anda, mana tahu andalah yang kami cari.

Jumpa anda di Concourse Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur bermula 2 hingga 4.30 petang.

Selain itu, pelbagai program lain turut diadakan sejak awal pagi antaranya National Integrated College Open Day yang membuka tawaran menyambung pengajian dengan pelbagai kemudahan serta yuran yang amat berpatutan serta temuduga terbuka daripada pelbagai syarikat.

Tidak ketinggalan cabutan bertuah turut akan diadakan. Anda perlu mendaftar di kaunter yang disediakan.

Jangan lupa, mungkin andalah wajah baharu hos MalaysiaGazette. -MalaysiaGazette