Foto FB KDA FC.

KUALA LUMPUR – Lebih 20,000 penyokong dijangka membanjiri Stadium Darul Aman apabila tiket untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2024 antara Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Johor Darul Ta’zim malam ini.

Kemas kini sehingga pukul 6.30 petang ini, sudah 18,000 tiket sudah habis dijual dan tiket dijangka habis dijual menjelang aksi pukul 8.15 malam.

Perkembangan itu disahkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Facebook KDA FC.

Stadium Darul Aman boleh memuatkan 25,000 penonton.

Kedah terpaksa berdepan tugas getir bertemu HDT tanpa khidmat tonggak penyerang, Syafiq Ahmad malam ini.

Difahamkan, penyerang sensasi Kedah, Syafiq Ahmad tidak boleh diturunkan kerana masih berstatus pemain pinjaman JDT namun pengendali pasukan, Nafuzi Zain sudah ada calon rahsia bagi menggantikan pemain itu.

Skuad Sang Kenari kini berada dalam momentum terbaik selepas menewaskan Kelantan United 3-0 ketika saingan Liga Super di Stadium Darulaman minggu lalu dan tidak bolos dalam lima perlawanan terakhir. – MalaysiaGazette