Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan berhampiran di sebuah masjid di kawasan Wadi Al Kabir, Muscat, Kesultanan Oman pada 16 Julai 2024.

Insiden tersebut dilaporkan telah menyebabkan sembilan individu terbunuh, termasuk seorang anggota polis dan tiga orang yang melakukan serangan, manakala 28 orang lagi cedera.

“Malaysia merakamkan simpati dan takziah yang mendalam kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden ini, kepada rakyat Oman dan Kerajaan Kesultanan Oman,” katanya.

Wisma Putra berkata, Malaysia tetap dengan pendirian yang menolak segala bentuk jenayah dan ekstremisme keganasan serta menyeru agar pelaku dibawa ke muka pengadilan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Kesultanan Oman terus memantau perkembangan dengan rapat,” ujarnya.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan consular boleh menghubungi Kedutaan di butiran yang disediakan di bawah:

Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman
Alamat : Villa No.2443, Way 3030
Shatti Al Qurum
P.O. Box 51, Bareeq Alshati
Muscat
Nombor telefon : +(968) 2469 8329, +(968) 7159 2388
Emel : [email protected] – MalaysiaGazette