Gambar hiasan

MANILA- Seorang wanita ditahan kerana menjual bayi berusia enam bulan pada harga AS$428 menerusi media sosial.

Jabatan Kehakiman (DOJ) berkata, ejen-ejen di Bahagian Pemerdagangan Manusia, Biro Siasatan Kebangsaan (NBI) menahan wanita berkenaan dalam satu operasi perangkap di Bandar Muntinlupa, 16 Julai lalu.

DOJ bagaimanapun tidak menamakan suspek bagaimanapun dalam satu kenyataan berasingan yang dikeluarkan NBI, wanita berkenaan dikenali sebagai Christina Paule.

Menurut laporan media tempatan, operasi tersebut dijayakan bersama Jabatan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (DSWD), Majlis Anti Pemerdagangan Antara Agensi DOJ serta Pusat Pemantauan Tip.

Katanya, biro bertindak atas maklumat yang diterima daripada Pusat Pemantauan Tip berhubung dakwaan seorang individu menjual bayi di laman Facebook.

Susulan itu, seorang ejen NBI menyamar sebagai pembeli menghubungi wanita berkenaan yang memperkenalkan dirinya sebagai bidan dan membuat tawaran untuk menjual bayi berusia enam bulan.

Menurut DOJ, suspek melalui prosiding inkues pada Rabu atas dakwaan melanggar Seksyen 4(g) No.9208 Akta Republik, atau Anti Pemerdagangan Orang dan Kanak-Kanak; No. 7610 Akta Republik, atau Akta Perlindungan Khas Kanak-Kanak Daripada Didera, Dieksploitasi dan Diskriminasi serta undang-undang menghalang jenayah siber.- Agensi

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast