Tun Dr Mahathir Mohamad .

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merayu pasukan pengaman antarabangsa dihantar ke Palestin bagi menghalang berlakunya genosid.

“Atas nama kemanusiaan, kesucian nyawa manusia, Tolong hentikan pembunuhan. Saya merayu kepada dunia,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, Israel tidak pernah menghormati pandangan dan undang-undang dan komuniti antarabangsa mesti bertindak. – MalaysiaGazette