KUALA LUMPUR – Institusi Yang di-Pertuan Agong merupakan tonggak kekuatan negara dan rakyat pelbagai kaum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim berkata, ia juga berperanan sebagai penaung agama Islam dan agama Persekutuan.
“Ia juga berperanan sebagai pengukuhan kedudukan Bahasa Melayu dan pembela hak dan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera.
“Institusi YDPA juga menjamin kesaksamaan dan keadilan bagi semua warga dalam memaknai prinsip Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen,” katanya.
Terdahulu Perdana Menteri berucap semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, di Balairung Seri, Istana Negara.
Selain itu, Anwar berkata, Institusi YDPA juga berperanan dalam menjamin jalinan erat di antara negara peringkat ASEAN.
“Tidak ketinggalan peranan penting at dalam negara-negara Islam dan di peringkat antarabangsa,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyifatkan institusi YDPA sebagai mahkota negara.
“Dengan itu rakyat mampu mengikat semangat kesatuan dan perpaduan dan dimuliakan sebagai mercu keihsanan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette