PERMOHONAN maaf oleh MalaysiaGazette kepada Encik Muhammad Qasim Bin Abdul Karim dari Lahore, Pakistan dan penarikan balik artikel berita.

MalaysiaGazette merujuk kepada artikel berikut yang diterbitkan di laman web MalaysiaGazette bertajuk “Warga Pakistan Dakwa Banyak Kali Mimpi Jumpa Nabi Ditahan JAWI” pada 9 Julai 2024.

MalaysiaGazette mendapati bahawa petikan “……dan pernah mendakwa dirinya Imam Mahdi….” dalam artikel adalah memfitnah dan mendatangkan kerosakan terhadap Encik Muhammad Qasim Bin Abdul Karim.

MalaysiaGazette dengan ini memohon maaf kepada Encik Muhammad Qasim Bin Abdul Karim kerana menerbitkan artikel tersebut dan dengan ini menarik balik dan memadamkan kenyataan yang disangkal daripada artikel tersebut. – MalaysiaGazette