Moderator, Haslina AR Kamaludin bersama Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad (dua kanan), Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Ahmad Hamdi Ibrahim (dua kiri) dan Pengarah IKTBN Dusun Tua, Dalila Sharingat (kiri) pada Platform MG Edisi 3 bertajuk 'TVET, Adakah Malaysia Terlewat?' di Datum Jelatek, Kuala Lumpur. Foto SYADILA AMARI, 21 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Forum Platform MG Edisi Ketiga bertajuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) anjuran MalaysiaGazette mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Penganjuran program itu berjaya dihadiri peserta daripada pelbagai latar belakang dan usia.

Turut diadakan sesi soal jawab daripada peserta tentang topik yang dibincangkan iaitu TVET: Adakah Malaysia Terlewat.

Pengurus projek Malaysia Datum Cultural Centre (MDCC), Schawall Fitri berkata, program kolaborasi antara MDCC dan MalaysiaGazette yang diadakan itu adalah berpaksikan kluster education tourism yang merupakan salah satu kluster pendidikan.

Pengurus Projek MDCC, Schawall Fitri

“Harapan kami supaya program ini dapat banyak dianjurkan terutama dalam isu-isu perkembangan pendidikan di Malaysia,” katanya pada program Platform MG yang diadakan di Datum Jelatek Shopping Centre, di sini, hari ini.

Shahnin Abdullah, 49, merupakan tenaga pengajar GiatMARA Kuala Lumpur berpendapat, penganjuran program seperti ini mampu memberi pendekatan kepada orang ramai tentang kepentingan tvet.

Tenaga Pengajar Giat MARA Kuala Lumpur, Shahnin Abdullah, 49

“Pada saya, program ini memberi pendedahan sekali gus dapat memperkasakan bidang TVET dalam memberi peluang kepada mereka yang keciciran dalam bidang akademik,” katanya.

Peserta program Platform MG, Yazeed Roslan, 40, berkata, program forum ini dapat membuka mata belia di Malaysia tentang kesedaran dan peluang-peluang yang ada di dalam negara.

“Walaupun dari segi kesedaran tentang bidang TVET di Malaysia agak terlewat tetapi saya harap agar anak muda mengambil peluang menceburkan diri dalam industri ini,” katanya. – MalaysiaGazette