Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus

KUALA LUMPUR – Akibat perselisihan faham antara suami isteri, seorang lelaki ditahan polis dipercayai memiliki sepucuk pistol bersama kelopak dan 18 butir peluru, pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, suspek berusia 47 tahun itu telah diberkas dikediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor.

Terdahulu, pihaknya telah menerima laporan daripada isteri suspek berumur 42 tahun berhubung penemuaan barangan itu dan memaklumkan mereka telah berselisih faham sejak empat tahun lalu.

“Susulan laporan itu, polis telah menyerbu rumah suspek jam 11 malam hari yang sama pada 18 Julai lalu.

“Hasil pemeriksaan menemukan pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm bersama 18 butir peluru dan kelopak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Asri, semasa percakapan dibuat isteri suspek dimaklumkan anaknya bahawa suspek memiliki pistol semasa anaknya ingin mengambil duit belanja sekolah di dalam beg suspek.

Katanya lagi, semakan mendapati suspek memiliki pistol itu sejak 2014 selain tidak mempunyai lesen senjata api yang sah.

“Hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau.

“Berikutan itu, suspek direman selama tujuh hari bermula 19 Julai sehingga Jumaat depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebib Berat) 1971,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast