KUALA LUMPUR – Secara julungnya, Kementerian Pendidikan (KPM) melalui KPM Prospec berkolaborasi dengan jenama tudung tempatan Fazura sempena bulan kemerdekaan tidak lama lagi.
Menurut menterinya, Fadhlina Sidek, pemilihan tudung selebriti terkenal itu dibuat berdasarkan kriteria penting yang menepati bulan kemerdekaan.
Selain itu, katanya, sosok Fazura sebagai pelakon yang tidak asing dalam kalangan masyarakat juga menjadi salah satu faktor kerjasama dua pihak berkenaan.
“Fazura ini cukup signifikan mewakili pelbagai segmen dalam masyarakat seperti ibu, isteri, kakak, adik, usahawan dan sebahagian wajah Malaysia pemilihan itu, signifikan menonjolkan sisi penting anak tempatan juga melonjakkan perniagaan tempatan selain mesej kemerdekaan pada wajah anak tempatan sepertinya,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di sini hari ini.
Jelas Fadhlina, Prospec KPM berperanan sebagai kelab sokongan yang akan menyebarkan mesej kemerdekaan.
“Kelab ini menyebarkan mesej bahawa pesonafikasi jiwa Mereeka kepada anak Malaysia dalam konteks membangunkan negara dan penghayatan kemerdekaan,” katanya lagi.
Untuk makluman, Koleksi Merdeka 2024 menampilkan 12 rekaan unik beraneka warna selaras dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.
Berinspirasikan warna-warna bertenaga Jalur Gemilang, lakaran landskap ikonik tempatan dan kemeriahan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia dengan setiap rekaan ditampilkan khusus untuk mengungkapkan semangat serta pengisian kebebasan negara melalui pencapaian dinamik rakyat yang berjiwa merdeka.- MalaysiaGazette