Nur Aina Faqihah Sharizan

BENTONG – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 15 Julai lalu ditemukan orang awam di stesen bas dekat Triang, Bera hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja itu berada dalam keadaan stabil dan akan bawa ke hospital untuk buat pemeriksaan bagi keperluan siasatan.

Nur Aina Faqihan, 17,  berasal dari Kampung Lama, Lurah Bilut dilaporkan hilang dari rumahnya, Isnin lalu.

Bagaimanapun, laporan polis dibuat oleh keluarganya pada hari Selasa.

”Mangsa Nur Aina Faqihah Sharizan ditemui orang awam kira-kira jam 2.30 petang tadi dan dibawa ke balai polis berdekatan.

“Polis akan rakam percakapan remaja ini apabila dibawa balik sebelum diserahkan kepada keluarga,” katanya menerusi kenyataan hari ini. MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast