Aedy Fadly Ramli

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pelantikan Aedy Fadly Ramli sebagai Ketua Pengarah Pengangkutan berkuat kuasa hari ini, 23 Julai 2024.

JPJ dalam satu kenyataan memaklukan, Aedy Fadly berkelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Bandar), Universiti Teknologi Berlin, Jerman.

Beliau berpengalaman dalam perancangan strategik dasar, isu dan sistem berkaitan pengangkutan jalan serta perancangan operasi JPJ semasa jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Malaysia bermula 2021.

Aedy Faadly juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Bahagian Pembangunan di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Setiausaha Bahagian Perolehan dan Aset di Kementerian Pendidikan Malaysia serta pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan.

“Berdasarkan kepada pengalaman dan kepimpinan beliau akan terus memacu kecemerlangan JPJ dalam menggalas amanah negara sebagai agensi utama yang mengawal selia hal ehwal pengangkutan jalan di negara ini.

“Seluruh warga cemerlang JPJ mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tuan Aedy Fadly bin Ramli atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette