Hanis Asmui

KUALA LUMPUR – Bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN)  Maharani pada Pilihan raya Negeri Johor ke-15, Hanis Asmui telah dipilih sebagai Ketua Pemuda Nasional Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Hanis yang menawarkan diri bertanding jawatan tersebut telah menang dengan sokongan majoriti.

Sejak pemecatan bekas ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin, PBM telah melalui proses pemutihan dalam kalangan ahlinya dan kini memilih dan melantik barisan kepemimpinan di peringkat nasional, pemuda dan wanita yang baharu.

“Kami merupakan parti komponen dalam Kerajaan Madani dan menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli parti, khususnya pemuda untuk menyokong dasar-dasar kerajaan dalam membanteras rasuah, mengurangkan ketirisan dan memperjuangkan nasib rakyat, selari dengan matlamat Kerajaan Madani.

“Pemuda PBM berhasrat untuk terus menyokong dasar dan matlamat Kerajaan Madani yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemilihan PBM berlangsung pada 21 Julai lalu di Wisma MCA menyaksikan barisan kepimpinan baharu pada peringkat sayap pemuda dan wanita dengan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng kekal sebagai presiden parti. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast