Foto fail MALAYSIAGAZETTE.

KUALA LUMPUR- Anak syarikat Tanjung Offshore Services Sdn Bhd, T7 Global Bhd, mendapat kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi penyediaan pelantar penggerudian kos rendah untuk program Petronas Carigali Plug & Abandonment.

T7 dalam kenyataannya di Bursa Malaysia bagaimanapun tidak mendedahkan nilai kontrak berkenaan.

Katanya, kontrak terbabit berlangsung dari tarikh berkuatkuasa sehingga selesai siap kesemua 53 telaga di bawah program tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, kontrak tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.- MalaysiaGazette