KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan pandangan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Timbalan Menteri Pendidikan sendiri, Wong Kah Woh berhubung dana syarikat arak di sekolah.
Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani, MPM, Kamal Shukri Abdullah Sani mendakwa kenyataan Loke yang mahu berbincang tentang isu ini pada mesyuarat Kabinet, pastinya juga berkaitan untuk kelonggaran syarat di institusi pendidikan amatlah kesali.
MPM berkata, isu arak bukan isu politik.
“Sekolah adalah tempat belajar, mendidik nilai murni, budi bahasa dan budaya sebagai amalan yang baik. Janganlah dicemari minda anak-anak yang masih kecil dengan promosi, iklan arak yang banyak mudarat.
“Memanglah daripada strategi atau kaca mata pengiklan, ia amat baik kepada syarikat pengeluar arak kerana dapat menyemai dan memperkenalkan produk mereka lebih awal.
“Tetapi minuman keras tidak bagus dari segi kesihatan dan mudaratnya lebih banyak berbanding faedahnya,” katanya.
Lantaran itu, MPM mahu Kabinet betegas tentang hal ini.
Semalam, Loke berkata, isu pemberian sumbangan dan tajaan oleh syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet esok.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak puluhan tahun lalu.
“Syarikat minuman keras telah menganjurkan program mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina berlaku sejak 30 tahun lalu dan saya juga pernah menghadiri majlis itu.
“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” tambah Loke.
Mengulas lanjut. Kamal Shukri berkata, sepatutnya sebagai Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Pendidikan, mereka patut lebih sedar bencana besar pengaruh arak di atas jalan raya dan bahayanya di sekolah.
Pandangan kedua-dua menteri tersebut amat dikesali dan memalukan apatah lagi mengakui syarikat arak telah menyumbang selama 30 tahun kepada pembangunan sekolah Cina.
Katanya, tanpa arak di sekolah pun, sekolah-sekolah bersudah berdepan dengan pelbagai masalah disiplin.
“Mahu ditambah bencana apa lagi wahai kedua-dua menteri? Jelaslah kepentingan lain mungkin telah mengelabui fikirannya. Moga selepas ini tiada iklan besar arak diluluskan di lebuh raya pula,” dakwa beliau lagi.
Justeru MPM menyokong penuh ketegasan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang menegaskan tiada pengecualian atau kelonggaran syarat tentang iklan, promosi dan tajaan sebarang minuman keras atau yang berkaitan dengannya di mana-mana institusi pendidikan di Malaysia. – MalaysiaGazette
aku rasa tak payah lah melayu Islam nak masuk campur hal dana sekolah cina Tamil ni . kilang arak bukan bagi arak pun . dia bagi duit . apa masalah nya kamu melayu Islam yang terasa sangat . cina makan babi kamu boleh bersalam tangan dia . sebab kamu mau undi dia pada kamu kan . kalau babi mati di pangkal durian . buah nya kamu haram ke tidak .
kalau jahil ,belajar bos…jgn pengaruh org lain lagi jahil sekali…Arak haram bukan UTK org Islam sahaja…UTK semua umat manusia…Ada nabi jgn letak kat kaki…Nabi DTG haramkan arak bukan UTK umat Islam sahaja…UTK umat manusia…Allah bukan tuhan UTK org Islam sahaja..UTK seluruh alam dan makhluk….Biarkan penyakit dan cancer sama biarkan keluarga kita binasa kelak….nafsu takda limit…satu hari nanti mak ayah kita diperkosa dek kerana akal dah tak boleh kontrol nafsu…akal anak kita yg sihat jgn matikan dgn arak yg merosakkan…Tuhan dah kata haram, haram lah…kau tahu tak makna Tuhan ni apa…Tuhan bukan ABG ipar kau yg ko bukan bijaksana…