Ibu pejabat AZRB

KUALA LUMPUR- Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) memperoleh kontrak bernilai RM151.99 juta untuk mereka bentuk dan membina Hospital Pakar Port Dickson di Negeri Sembilan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat kejuruteraan pembinaan itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB), menerima surat penerimaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kerja yang dicadangkan itu.

Katanya, kontrak itu bermula 6 Ogos ini untuk tempoh selama 156 minggu.

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan kumpulan.

“Tiada pengarah dan pemegang saham utama AZRB atau mana-mana individu yang berkaitan dengan mereka mempunyai kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak ini,” katanya.- MalaysiaGazette