PENAGA – Bayi perempuan berusia lima bulan mohon sumbangan orang ramai bagi membiayai kos rawatan pembedahan bibir dan lelangit sumbing serta keperluan harian.
Lebih menyedihkan, Nur Afiyah Mohammad Asri turut mengalami masalah kesihatan sejak lahir iaitu jantung berlubang sekali gus menyebabkan dia mudah dijangkiti kuman.
Bapa mangsa, Mohammad Asri Sabri berkata, anak sulungnya itu disahkan menghidap jantung berlubang sejak lahir dan dia telah menjalani pembedahan pertama ketika berusia tiga bulan.
Jelasnya, anaknya itu memerlukan penjagaan rapi termasuk minum susu khas untuk memastikan kenaikan berat badan bagi membolehkan pihak hospital melakukan pembedahan bibir dan serta lelangit sumbing.
“Kehidupan anak saya tidak seperti bayi lain seusianya.. sejak lahir hingga berusia empat bulan dia terpaksa ditinggalkan di hospital bagi rawatan jantung berlubang.
“Meskipun kini telah dibenarkan pulang tapi kami masih perlu ulang-alik 80 kilometer tiga kali seminggu dari rumah ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan susulan.
“Keadaan ini memerlukan kos tambahan kepada kami memandangkan hanya saya seorang saja bekerja manakala isteri pula buta sejak lima tahun lalu akibat masalah pada bahagian saraf pada 2019,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Tambah Mohammad Asri, pendapatannya sebagai juru elektrik sambilan sebanyak RM1,000 tidak mampu menampung kos keperluan harian anaknya itu.
“Saya tak boleh kerja sepenuh masa sebab tak ada orang nak jaga anak dan isteri.. ni pun kalau ada kerja mendesak saya terpaksa tinggalkan mereka di rumah mentua atau ibu saya kerana keadaan isteri tidak mampu menguruskan dirinya apatah anak.
“Anak saya memerlukan susu khas untuk menambah berat badanya dan kos bulan susu bersama vitamin, lampin pakai buang berjumlah RM600.
“Sehubungan itu, saya harap ada pihak sudi menghulurkan bantuan dari untuk melancarkan urusan pembedahan Nur Afiqah dan pembelian susu khasnya,” katanya.
Terdahulu, pemilik sebuah pasar mini, Chim Quan Long tampil menyampaikan bantuan kepada keluarga berkenaan selepas kenalannya dari kampung sama memaklumkan kesusahan keluarga terbabit.
“Saya beri bantuan lampin pakai buang, susu serta sedikit wang tunai hari ini dan dihadapkan ia dapat meringgan bebanan keluarga tersebut,” katanya.
Orang ramai boleh menghubungi Mohammad Asri di talian 014 716 4552 atau menghulurkan bantuan menerusi akaun Bank Islam beliau 07043020408101. – MalaysiaGazette