Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap di sebuah ladang sawit di Padang Kubu, Kemaman, Terengganu, selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), semalam.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong, berkata pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada penduduk yang mendakwa lembu ternakan mereka mati dipercayai dibaham harimau itu.