Seorang pelajar sekolah maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan akibat terlanggar lubang sebelum digilis sebuah kereta di Ipoh, Perak, semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa yang berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Batu Gajah akibat kecederaan parah di bahagian paha kanan dan kecederaan dalaman.