Seorang kerani sebuah bank di Kuala Kuala Kangsar, Perak sempat memindahkan wang lebih RM2 juta yang dicuri ke dalam 11 akaun berbeza sebelum ditemukan meninggal dunia pada 5 Julai lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wang terbabit dikeluarkan daripada tiga akaun simpanan tetap melibatkan 108 transaksi sejak 14 Feb 2023 hingga 24 Jun 2024.