PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lima idividu yang didapati positif dadah ditahan dalam Op Perdagangan Bersepadu yang diadakan di daerah Kluang, Johor pada 23 dan 24 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata, sepanjang tempoh operasi selama dua hari, seramai 107 individu dengan 98 buah kenderaan diperiksa dan 53 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan.

“Saringan awal air kencing terhadap 35 individu dan lima orang pemandu lori warganegara dalam lingkungan umur 31 hingga 42 tahun didapati positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kluang Bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kluang diadakan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dan Jalan Batu Pahat-Mesing.

Menurut Bahrin, lima individu tersebut disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Kluang di talian , 07-7784222 atau 07-7784256. – MalaysiaGazette