Nur Maisarah Husna dilaporkan hilang sejak 21 Julai lalu.

KUALA LUMPUR- Seorang pengguna Facebook, Farhan Daud merayu orang ramai mengesan anak saudaranya, Nur Maisarah Husna, 17 tahun yang hilang sejak 21 Julai lalu.

Katanya, lokasi terakhir remaja itu dikesan adalah Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Saya juga meminta semua mendoakan keselamatan serta mendoakan kepulangan dia dengan selamat.

“Semoga urusan mencarinya dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, malam ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung Nur Maisarah Husna diminta menghubungi nombor di bawah:

Haris : +60 12-409 9391
Hasinawati : +60 19-555 9395
Haslinda : +60 16-434 8374

-MalaysiaGazette