Seorang penganggur ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan Nurul Aishah Farhana di Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan di kawasan Triang, Pahang, jam 12.30 tengah malam tadi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.